Sunyi je malam ni. Sesunyi hati aku. Puas aku cuba untuk lelapkan mata ini. Makin aku cuba, makin tak mampu lelap. Terbayang2 diruang fikiran aku, kebenaran yang aku ketahui siang tadi. Hancur hati aku. Orang yang aku sayang khianati aku untuk kesekian kalinya. Entah apa silapnya.
"Siapa perempuan tu?". Soalan yang aku tanya kepada dia bersama titisan air mata yang tidak berhenti mengalir. Dia hanya mampu melihat wajah aku tanpa sebarang kata-kata. Lelaki yang berdiri dihadapan aku, sering mempunyai kata-kata yang bijak untuk mematahkan hujahku. Tapi tidak pada malam ini. Terpancar kekesalan diwajahnya. "Maafkan I sayang..". Hanya itu yang mampu diucapkan sejak dari awal lagi. Aku menekup wajahku menahan kesedihan. Sekian lama aku pertahankan kasih sayang aku, dia tetap memilih untuk menduakan aku untuk keseronokan dirinya. "Siapa dia di hati u? Apa yang buat u rasa I layak dilayan begini? I setia, hanya pada u, ini ke balasannya" teresak-esak aku menuturkan bait kata itu. Dia cuba memegang tanganku, dengan segera aku menarik tanganku. Tidak sanggup disentuh oleh dia. Aku kecewa.
Ah!! Aku bingkas bangun dari tempat beradu aku. Apa perlunya aku memikirkan dia. Sememangnya malang sentiasa menemani aku bila aku menemui cinta. Lelaki pertama yang aku cinta, jua terpaksa aku lepaskan kerana kehendak keluarga.
"Awak sayang saya?". Dia sering bertanya soalan itu kepada aku. Rasa terbuai mendengar suaranya. "Mmm... awak rasa?" aku tanyakan semula soalan kepadanya, enggan terus mengakui perasaan aku kepada dia. "Saya rasa, awak sayang kat saya, macam saya sayang kat awak. Betulkan?"sambil tersenyum manis dia menuturkan kata-kata itu. Dia sempurna bagiku. Suaranya yang dalam, membuatkan aku sering dibuai mimpi. Senyumannya yang manis, sambil mempamerkan barisan gigi yang cukup sempurna. Dia memang kacak. Kumisnya yang nipis menambahkan kesempurnaan wajahnya. Kami bertemu ketika dia perlu menguruskan kerja-kerjanya yang tertangguh, kebetulan berhampiran dengan rumahku. Permulaan perkenalan kami melalui internet. Mula dengan setakat bersahabat, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman. Namun, lama kelamaan aku rasa sangat senang dengan dia. Dia sering membuat aku ketawa, pandai mengusik hati aku yang ketika itu masih kosong.
to be continued.....
No comments:
Post a Comment