Sunday, June 27, 2010

Ceitera pendek Ep. 3

Tiada sebarang perbualan sepanjang perjalanan kami. Seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikiran Badrul. Inilah pertama kali tidak ada sebarang kata-kata dari dia. "Kita nak ke mana Bad?"tanyaku bagi memecahkan kesunyian. Badrul menoleh kepada aku, kemudian memandang ke hadapan semula. "Kita pergi makan dulu. Bad dah berapa hari tak makan malam. Boleh?". Tenang sahaja jawapannya. Aku mengangguk perlahan tanda setuju. Sah! Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Kalau tidak masakan dia tidak makan malam untuk kesekian malam. "Bad, kenapa Bad senyap dari tadi? Ada apa-apa yang Nora boleh bantu?". Aku cuba memancing Badrul untuk berbual denganku. Aku rindukan usikan dari dia. Badrul hanya menggeleng lemah. Dia nampak berbeza. Keceriaan seolah-olah hilang dari wajahnya. Tidak seperti minggu-minggu sebelum ini. Tidak seperti sebelum dia pulang ke kampung. Kampung! Mesti ada kena mengena dengan keluarganya di kampung. Ada yang sakit agaknya. Mungkin itu yang mengganggu fikirannya. Aku terus dibiarkan berteka teki. Tiada sepatah kata dari mulutnya.

Setelah habis makan malam, Badrul memandu tanpa arah. Aku menjadi bingung dengan sikapnya pada malam ini. Sepatah aku tanya, sepatah sahaja jawapan dari dia. Aku hanya duduk membisu. "Nora, sebenarnya Bad ada benda nak bagi kat Nora". Sayu sahaja suaranya. Kenapa Badrul seolah-olah sedang bersedih. "Bad nak bagi Nora hadiah ke? Hari ni bukan harijadi Nora. Tadi Nora dah dapat bunga. Bad nak bagi apa lagi?"tanyaku berulang kali. Rasa seronok tiba-tiba sebab kekasih hati memanjakan aku dengan bunga dan hadiah. Tiba-tiba Badrul memperlahankan kereta dan berhenti di bahu jalan. Dia mengeluh, sambil mengambil sesuatu dari tempat duduk belakang. Dia menghulurkan sampul surat berwarna merah jambu kepada aku. "Kad kot? Tak pun baucer nak shopping"aku meneka dengan gembira di dalam hati. Perlahan-lahan aku membuka sampul surat itu. Tidak mahu sebarang kecacatan pada sampul itu kerana ianya pemberian kekasih hati. Tiba-tiba jantungku seolah-olah berhenti. Nafas yang ku hela bagaikan tidak cukup. Mataku tiba-tiba menjadi panas dan airmata bagaikan mahu gugur. Ku gagahkan jua untuk menuturkan ayat. "Apa ni Bad? Nora tak faham. Nora tak faham." Tuturku tidak lancar, menahan sedih yang teramat. Badrul hanya tunduk. Dapat ku lihat airmata gugur setitis demi setitis. "Maafkan Bad, Nora. Bad tidak berniat sakitkan Nora. Bad tidak ada pilihan. Maafkan Bad, sayang". Hanya itu yang keluar dari mulutnya. Kad jemputan perkahwinan Badrul ku genggam hingga renyuk. Serenyuk hati aku ketika itu.

Ku tatap wajahnya buat kali terakhir sebelum melangkah keluar dari keretanya. Bagaikan tidak berdaya untuk aku mengaturkan langkah. Tidak ada lagi ucapan 'selamat malam sayang' dari Badrul. Tidak lagi aku menunggu hingga Badrul hilang dari pandangan. Tidak lagi aku melambaikan tangan mengiringi kepulangan dia. Hatiku dipenuhi rasa kecewa. Aku tidak faham mengapa kejamnya Badrul pada aku. Puas aku memikirkan kesilapan aku. Perlahan-lahan aku aturkan langkah kakiku. Badanku tiba-tiba penat yang amat, seolah-olah dari tadi aku memikul beban yang amat berat di bahuku. Airmata tidak berhenti-henti menitis. Sahabat-sahabatku entah ke mana. Tiada siapa untuk aku luahkan perasaan ini. Aku terus merebahkan badanku di atas katil. Aku tidak sedar pukul berapa aku terlelap.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Aku terjaga dan aku teringat apa yang baru terjadi malam tadi. Airmataku kembali berjujuran. Fara sudah selamat tidur. Tidak sampai hati untuk aku kejutkan dia. Tiba-tiba terasa hendak membuka email. "Email dari Bad!". Rasa berdebar-debar hendak membuka email tersebut. Mungkinkah Badrul menyatakan bahawa tadi hanya satu gurauan untuk menguji cinta aku kepada dia.

sayang, maafkan bad kerana berterus terang pada nora dengan cara itu. bad tidak mampu melafazkan kata kata itu kepada nora.

bad tidak ada pilihan lain nora. bad terpaksa menerima pilihan ibu. ibu sedang sakit, dan hajatnya adalah untuk melihat bad bersanding secepat mungkin. mana mungkin bad menolak permintaannya nora. bad memang mahu nora menjadi suri hidup bad, tapi bad tidak mahu menjadi penghalang antara nora dan cita cita nora. biarlah bad berkorban. percayalah nora, hanya nora di hati bad. bad amat mencintai nora. maafkan bad sayang. lupakanlah bad dari kamus hidup nora. bad mendoakan agar nora bertemu lelaki yang lebih baik dari bad. semoga nora berbahagia.

maafkan bad.

Aku menangis semahu-mahunya. Kenapa Badrul tidak menanyakan soalan itu. Sudah pasti aku akan bersetuju. Hancur hati aku. Pertama kali aku jatuh cinta, pertama kali jua aku jatuh tersungkur. Tangisanku mengejutkan Fara. "Hey! Nora. Kenapa ni?"bimbang sungguh Fara terhadap aku. Aku terus memeluk Fara sekuat hati aku. "Bad...". "Kenapa dengan Bad? Dia sakit ke? Kenapa ni Nora? Jangan la menangis macam ni". Fara sedaya upaya menenangkan aku. "Bad, dia akan kahwin tak lama lagi Fara. Dia ada orang lain. Dia ada orang lain"ujarku sambil menangis. Fara terdiam. Dia terus memeluk aku dan menyabarkan aku. Dia membiarkan aku menangis. Tidak pernah seumur hidup aku menangis teresak-esak di hadapan orang lain. Fara turut menangis bersama aku. "Sabar ye Nora. Jangan la macam ni. Sudah lah ye. Yang lepas tu lepaslah". Fara berusaha memujuk aku. Tapi hatiku sudah tidak terpujuk lagi.

to be continued....

Saturday, June 26, 2010

Ceritera pendek Ep. 2

Hati aku bernyanyi petang itu. Kejap lagi dia akan datang. Sudah lama tidak bertemu Badrul. Kesibukan dia dengan urusan perniagaannya membataskan kami untuk meluangkan masa bersama-sama. Fikiran aku melayang kepada dia semasa kelas tadi. Gagal memberi perhatian. "Nora, ulang apa yang saya cakap tadi!". Terkejut aku disergah Puan Halimah. Semua mata terarah kepada aku. Ada yang menunjukkan wajah simpati, ada yang senyum sinis, ada juga yang ketawa kecil. Rakanku, Suraya menyinggulkan sikunya. "Dia cakap pasal ni" sambil menunjukkan sesuatu pada buku rujukan. Menggelabah aku dibuatnya. "Mmm... pasal penyakit yang tidak akan di cover dalam polisi Puan," jawabku. Bercampur aduk pula bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. "Lain kali sila beri perhatian di dalam kelas saya. Jangan sibuk ingat boyfriend je. Faham?!". Fuh! Nasib baik betul jawapan aku. Aku memandang Suraya sambil tersenyum menandakan terima kasih aku kepada dia.

Tidak sabar rasanya hendak berjumpa. Mataku asyik mengerling ke arah jam. Dari tadi rakan-rakanku mengusik aku. "Nak jumpa buah hati. Tu yang mengelamun je dalam kelas. Hihi..". Suraya menyindir aku sambil tertawa kecil. "Uish! Kalau aku lah kan, tak ada maknanya nak datang kelas. Baik aku grooming dari pagi. Baru lah cun-melecun. Baru meletup. Haha.." Ary pula menyindir aku. Ish! Tak ada kerja lain la kawan-kawan aku ni. Aku cuma tersenyum. Cakaplah apa mereka hendak cakap. Lagi 3 jam Badrul akan sampai. Aku tahulah mereka cemburu. Badrul kan kacak. "Ha! Tengok. Dah senyum sorang-sorang. Tengah berjalan pun boleh mengelamun!" sergah Fara pula. Ketiga-tiganya ketawa. Suraya, Ary dan Fara. Sahabat yang aku kenali hampir setahun yang lalu ketika mula menjejakkan kaki ke kampus ini. Mereka jugalah peneman setia dan tempat meluahkan rasa. Sahabat yang sering menyerikan hari-hariku dengan usikan nakal mereka.

Aku semakin resah. Kenapa Badrul tidak sampai lagi. Janji pukul 5. Sekarang jam sudah menunjukkan 6:30 petang. Suaranya malam semalam agak lain. Tapi aku rasa sebab dia terlampau letih. Baru pulang dari kampung katanya setelah hampir 3 bulan tidak menjenguk orang tuanya di Melaka. Aku cuba menghubungi dia, tapi tidak berangkat. Jam sudah menghampiri pukul 7 malam. Masih tidak kelihatan bayang Badrul. Kenapa ni? Ada masalah ketika dalam perjalanan? Hati aku semakin resah. Aku cuba menghubungi Badrul. Dia masih tidak mengangkat panggilan dari aku. Ah! Badrul. Baru sekarang dia menghubungi aku. Dengan pantas aku menjawab panggilan dia. "Bad! Kenapa tak angkat call Nora? Bad buat Nora risau tau. Bad mana? Janji nak datang pukul 5. Sekarang dah pukul 7 tau. Bad tahukan, Nora tak boleh keluar lebih dari pukul 9. Bad dah sampai mana?". Bertalu-talu soalan keluar dari mulutku. Perasaanku bercampur aduk. Marah, risau, geram, sakit hati, ditambah dengan rindu yang meledak membuatkan aku jadi tidak tentu arah. "Maafkan Bad, Nora. Tadi Bad ada kerja hendak diselesaikan. Sekarang Bad dah ada kat bawah ni. Nora turun ye. Bad tunggu". Lembut sahaja ucapan balas dari Badrul. Tidak pernah meninggikan suara pada aku, sekalipun aku dalam keadaan marah. Mendengar suaranya ang lembut memujuk melembutkan hati aku yang sedang marah. Muka aku yang masam mencuka telah digantikan dengan senyuman yang ceria. Bergegas aku turun untuk bertemu kekasih hati. Dari jauh kelihatan Badrul sedang berdiri di tepi kereta kesayangannya. Berlari aku mendapatkan dia. Setiap saat seolah-olah amat merugikan jika tidak disamping dia. Badrul tersenyum melihat gelagat aku. Aduh! Senyuman itulah yang membuatkan aku dibuai mimpi setiap hari. Badrul membukakan pintu untuk aku. Romantiknya lelaki ini. Aku sangat kasihkan dia. Dia tahu mengambil hatiku bila aku sedang marah. "Apa ni?"tanyaku spontan bila terlihat sejambak bunga di dalam keretanya. "Nora ni. Penat je mama Nora hantar Nora belajar tinggi-tinggi tau. Ini namanya bunga. Ikut apa Bad cakap. Bunga. B.U.N.G.A.". Ish! Geramnya aku. Sempat lagi dia mengusik aku. Pantas sahaja aku mencubit lengannya. Badrul ketawa melihat wajah aku yang kembali mencuka. "Ish! Bad ni. Orang tau lah bunga. Untuk siapa?". Geram betul aku dengan usikan dia tadi. "Haha... Bad suka tengok Nora marah. Lagi Nora marah, lagi manis. Rasa macam nak cium je pipi Nora yang gebu tu tau. Cium sikit boleh?". Ish! Merah padam wajah aku bila dia mengusik aku. Satu lagi cubitan hinggap ke lengannya. Bad menjerit kesakitan, sambil ketawa. "Bunga tu untuk Nora la. Takkan untuk pak guard yang tunggu pondok kat depan kolej Nora ni. Jomlah Nora. Nanti pukul 9 dah nak kena hantar anak dara ni balik kolej dia. Maafkan Bad sebab lambat ye". Aku mengangguk sambil tanganku mencapai bunga yang diletakkan di tempat duduk aku itu. Bunga ros merah. Ada sembilan kuntum semuanya. Sempat juga aku mengira. Bahagianya rasa waktu itu.

to be continued...

Thursday, June 24, 2010

Twilight"s Robert Pattinson related to Dracula




LOS ANGELES - Bite into "Twilight" star Robert Pattinson's past and what do you get? A blood-curdling connection to Dracula, the biggest vampire of them all.
Genealogy web site Ancestry.com said on Wednesday that the British actor is distantly related to Vlad III Dracula -- the cruel 15th century ruler who inspired Bram Stoker's literary Count Dracula in 1897.

"Tracing Pattinson's family back to Vlad was difficult research, but the pieces that unraveled created the perfect accompaniment to 'The Twilight Saga'," said Anastasia Tyler, a genealogist at Ancestry.com.
Pattinson plays love-sick vampire Edward Cullen in the smash hit film franchise based on the novels by Stephenie Meyer. The first two movies earned a combined $1.1 billion at world-wide box offices. The third film "The Twilight Saga: Eclipse" opens on June 30.

Family history experts said Pattinson and Vlad -- the Transylvania-born despot also known as Vlad the Impaler -- are likely related through today's British royal family.
Pattinson, 24, is a distant cousin of Prince William and Prince Harry on their father's side, probably through the Pickering family who lived in northern England in the early 1500s, Ancestry.com said.
"Without any myth or magic, we find royalty and vampires lurking in Pattinson's life -- making his story just as supernatural as the one he is playing on screen," Tyler said.

Pattinson isn't the only movie star whose past bears an eerie resemblance to his screen persona. Last year, Ancestry.com said that actress Emma Watson, who plays teen witch Hermione Granger in the "Harry Potter" movies, is related to a 16th century woman accused of witchcraft.

Ceritera pendek Ep. 1

Sunyi je malam ni. Sesunyi hati aku. Puas aku cuba untuk lelapkan mata ini. Makin aku cuba, makin tak mampu lelap. Terbayang2 diruang fikiran aku, kebenaran yang aku ketahui siang tadi. Hancur hati aku. Orang yang aku sayang khianati aku untuk kesekian kalinya. Entah apa silapnya.

"Siapa perempuan tu?". Soalan yang aku tanya kepada dia bersama titisan air mata yang tidak berhenti mengalir. Dia hanya mampu melihat wajah aku tanpa sebarang kata-kata. Lelaki yang berdiri dihadapan aku, sering mempunyai kata-kata yang bijak untuk mematahkan hujahku. Tapi tidak pada malam ini. Terpancar kekesalan diwajahnya. "Maafkan I sayang..". Hanya itu yang mampu diucapkan sejak dari awal lagi. Aku menekup wajahku menahan kesedihan. Sekian lama aku pertahankan kasih sayang aku, dia tetap memilih untuk menduakan aku untuk keseronokan dirinya. "Siapa dia di hati u? Apa yang buat u rasa I layak dilayan begini? I setia, hanya pada u, ini ke balasannya" teresak-esak aku menuturkan bait kata itu. Dia cuba memegang tanganku, dengan segera aku menarik tanganku. Tidak sanggup disentuh oleh dia. Aku kecewa.

Ah!! Aku bingkas bangun dari tempat beradu aku. Apa perlunya aku memikirkan dia. Sememangnya malang sentiasa menemani aku bila aku menemui cinta. Lelaki pertama yang aku cinta, jua terpaksa aku lepaskan kerana kehendak keluarga.

"Awak sayang saya?". Dia sering bertanya soalan itu kepada aku. Rasa terbuai mendengar suaranya. "Mmm... awak rasa?" aku tanyakan semula soalan kepadanya, enggan terus mengakui perasaan aku kepada dia. "Saya rasa, awak sayang kat saya, macam saya sayang kat awak. Betulkan?"sambil tersenyum manis dia menuturkan kata-kata itu. Dia sempurna bagiku. Suaranya yang dalam, membuatkan aku sering dibuai mimpi. Senyumannya yang manis, sambil mempamerkan barisan gigi yang cukup sempurna. Dia memang kacak. Kumisnya yang nipis menambahkan kesempurnaan wajahnya. Kami bertemu ketika dia perlu menguruskan kerja-kerjanya yang tertangguh, kebetulan berhampiran dengan rumahku. Permulaan perkenalan kami melalui internet. Mula dengan setakat bersahabat, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman. Namun, lama kelamaan aku rasa sangat senang dengan dia. Dia sering membuat aku ketawa, pandai mengusik hati aku yang ketika itu masih kosong.

to be continued.....

Segar?

Mata masih segar. Cuba nak lelap. Dah berminggu2 dalam keadaan macam ni. Macam2 dalam kepala. Pasal kerja, life, arah tuju hidup. Jadi, aku amek keputusan to write something in my so called blog.

What u need to do to fix ur life? To undo all the mistakes, to not repeat the same mistakes. My heart wants to sing, but the heartache seems to block the happiness. Setiap manusia x boleh lari dr masalah, apatah lagi kesilapan. Is it enough to say "I am sorry" everytime u make mistakes? How many "I forgive you" is actually enough for a person not to repeat the mistakes. My heart had been broken a few weeks ago. Actually, it had been broken for so many times. I believe in chances. For that, I had made myself vulnerable. I'd opened chances for people whom I trust with my life, to keep on hurting me. I don't believe in revenge or vengeance. So, what did I do to relieve the pain? I cried my heart out.

Yes, I cried like there will be no tomorrow. And that's how I love someone. I love a person as if there will be no tomorrow. A friend told me, "U should write a novel. Ur life is full of tragic incidents that it need to be written, documented". I just smile. A very sour smile. Too many tragic incidents, too many heartbreak, too many tears. Maybe I should write a novel or at least short stories. It may not be as good as the world best sellers, but at least something.

Maybe I should.

My Pet Sis?

Hahaha... dapat gak aku carik perempuan tu. Dah bertawon carik my fav pet sis. Name glamer dia.. Kak Atie Senget...

Sayang ooo dgn akak aku tu. Sbb perangai sama cam aku. Kurang skru dalam wotak.

Huhuhuh...

Twilight - Eclipse



Can't wait. Can't wait for another 'Edward Cullen'. Everything about the character is totally alluring isn't it?



In the Twilight Saga - Eclipse, Bella once again surrounded by danger as Seattle is ravaged by a string of of mysterious killings and a malicious vampire continues her quest for revenge. In the midst of it all, she is forced to choose between Edward and Jacob knowing that her decision has the potential to ignite the struggle between vampire and werewolf. With her graduation is approaching, Bella is consfronted with the most important decision in her life.

taken from - http://www.eclipsethemovie.com

My very first BLOG

Hmm... my very first blog. Orang ada blog, aku pun ada blog jugak right? So, here I am trying to be part of the world where technologies, computers and internet are very much at a fast pace.

If u can't catch up, u r left behind with the rest of the world. In China itself, it seems there are more than a million bloggers. And it keep on increasing.

So... here I am.

Cik Azlina